Bangsa
Melayu adalah bangsa yang unik dalam peradaban budaya atas alasan mereka boleh
menerima ‘semudahnya’ budaya bangsa-bangsa lain sejak kurun ke 15 yang
bermastautin di Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya dikatakan
Semenanjung Malaysia. Orang Melayu dikaitkan dengan agama Islam. Islam telah
diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Mohammad SAW bermula dengan ayat pertama
Iqra’ melalui Jibril a.s. sehingga selesainya Al-Quran diturunkan sejumlah 114
surah yang mengandungi 30 Juzuk selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari di Mekah
(12+ tahun) dan Madinah (10 tahun) sepertimana tercatit di dalam surah Al-Maaidah
5: 3 adalah cukup sempurna untuk dihayati dan dianuti oleh umat Islam dan orang
Melayu keseluruhannya sehingga hari kiamat. Buku ini memfokuskan kepada budaya usahawan
Melayu beserta ideologi bangsa Melayu Amanah Bersatu [Trust of Unity] [beragama Islam, beriman, amanah, ekonomi, pentadbiran,
kehidupan dan bersaudara] (Hj Mohd
Arshad 2010) untuk melakukan permuafakatan antara mereka sepertimana yang
difirmankan Allah SWT dalam surah Al-Anfaal 8: 65 dan 66 (20 orang yang sabar),
bersama surah Ali-Imran 3: 103 (bersaudara) serta surah Al-Mukminuun 23: 52 (Islam
itu satu) supaya mereka beroleh kemenangan jitu dalam menjalankan kehidupan
harian menuju kepada kecemerlangan sosioekonominya sepertimana dalam surah
Ar-Ra'd 13: 31 bahawa janji Allah SWT itu tetap dan benar. Mahu tidak mahu, orang
Melayu perlu suka membaca untuk menimba pengetahuan untuk berjaya dalam
kehidupan kaya-raya dengan wang dan harta serta berilmu.
Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu (memakan)
bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan
daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana
yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang
mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati
dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu
merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah
perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada
memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam
dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah
sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu,
dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang
terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak
cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Quran, Al-Maaidah 5: 3)
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang
yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar,
nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir
itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat
menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir
itu) orang-orang yang tidak mengerti.
(Al-Quran, Al-Anfaal 8: 65)
Sekarang Allah telah meringankan
daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa
pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang
sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di
antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan
izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Quran, Al-Anfaal 8: 66)
Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah
ugama kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka
bertaqwalah kamu kepadaKu. (Al-Quran, Al-Mukminuun 23:
52)
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci
yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau
dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan
sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan
kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi
lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala
urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui
bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat
manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang
yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana
(ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa
tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan
mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan
azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(Al-Quran, Ar-Ra'd 13: 31)
Seterusnya,
penggunaan kaedah model sosioekonomi Sistem
Strategi Neuro (SSN) [budaya,
jaringan, tadbirurus dan kewangan serta target (sasaran)] (Hj Mohd Arshad 2010) sebagai penggerak
utama untuk merungkaikan permasalahan usahawan Melayu, pengguna Melayu secara
khusus dan orang Melayu amnya. Pencapaian mereka masih rendah dalam semua
bidang sejak 1957 - 2010, hanya pemilikan harta pertanian termasuk rizab Melayu
(small holders) yang tinggi meliputi 66% (2006). Justeru itu, keikhlasan
terhadap diri sendiri dan sesama bangsa perlu diutamakan bagi mencapai matlamat
orang Melayu untuk memiliki kekayaan negara secara saksama dan seimbang. Jika
hendak kaya harta dan wang berkoyan, mereka perlu melakukan permuafakatan
sesama mereka untuk melakukan bisnes dengan penggunaan ciri budaya, jaringan,
kewangan dan tadbirurus, dan mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai paksinya.
Mereka perlu berubah perangai dan perbuatan kepada yang terbaik untuk mencapai
matlamat ‘aku nak kaya’. Orang lain boleh kaya, aku pun boleh kaya. Sebenarnya,
melakukan perubahan berharga yang tiada nilai perbandingan yang boleh
dibuat, ianya dianggap satu ‘pengorbanan’ oleh orang Melayu yang mahu berfikir.
Hanya empunya diri sahaja yang dapat membuat tafsir penilaian yang sempurna
mengikut pegangan agama Islam dan imannya yang akan beroleh kejayaan dengan
penuh keyakinan kepada Allah SWT dan diri sendiri berkonsepkan ‘taqwa dan
teknologi’ bagi memecah kebuntuan ke atas sifat kekongkongan minda yang selalunya
dianggap sebagai sikap ‘pak turut’ perlukan anjakan kesedaran untuk melakukan
perubahan (moving for change), supaya apa yang mereka lakukan beroleh
kejayaan, terutamanya dalam kontek permuafakatan sesama bangsa Melayu dan yang
beragama Islam, keimanan adalah penentunya.
Pelakuan
sasaran ke atas keistimewaan orang Melayu adalah berbeza dari segi
pentafsirannya. Orang Melayu dan Bumiputera perlu berfikir yang mana satu yang
memberi kelebihan ke atas dirinya. Jika dilihat penampilan ekuiti 30% yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB 1971) dan
Masyarakat Pembangunan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB 1975) pencapaian
sasaran dianggap sebagai satu perangkaan terbengkalai. Sungguhpun, ianya sudah
berlarutan selama lebih 39 tahun dan telah pun dimansuhkan pada 30 Jun 2009,
pencapaian ekuiti Melayu dan Bumiputera (Melayu dan anak Negeri – PP 1957
Artikal 160 & 161A) masih di tahap yang rendah mengikut rekod pencapaian
ekuiti sebanyak 23.09% (2010).
Kegagalan
tersebut mungkin berpunca daripada kelemahan modal insan orang Melayu yang perlu dicemerlangkan ke menara gading
seramai yang boleh sehingga setiap isi rumah mempunyai Sarjana dan PhD untuk
mencapai kewibawaan minda dan cekap tadbirurus. Perlu diingatkan fahaman dan
sifat ‘biarlah’, ‘tak apalah’, ‘malas berenyah’, ‘malas membaca’, malas
berfikir’ dan yang membawa sifat negatif perlu dikikis. Usahawan Melayu juga
memerlukan pemantauan berkala secara khusus dengan kuasa khas oleh
pemegang amanah dengan penuh keimanan dan tidak terlalu optimis yang boleh
menjurus kepada penemuan kekayaan negara seimbang mengikut keperatusan penduduk Melayu 50.90% (2009) di Persekutuan Tanah
Melayu adalah lebih rasional. Persolannya, bilakah peratusannya akan tercapai?
Sama-samalah orang Melayu bersifat amanah tulin dan keimanan menebal
memikirkannya. Tetapi umumnya, kebanyakan orang Melayu kurang berminat dalam membincangkan
mengenai bangsa Melayu itu sendiri disebabkan sudah muak dengan kerenah orang Melayu.
Macam-macam buruk-baik diperkatakan, tetapi kali ini kita kata bagaimana bangsa
Melayu boleh kaya dengan wang-ringgit berjuta-juta, harta-benda berkoyan-koyan,
dll harta dengan meneliti dan mempraktikkan apa yang dikatakan, sepertimana yang
ditulis dalam buku ini, Insya’Allah beroleh kejayaan!
No comments:
Post a Comment