Sunday, December 15, 2013

SEKARANG BUKU 'BUDAYA USAHAWAN MELAYU' ADA DALAM PASARAN

SALAM SEMUA

1. PENIAGA
2. PROFESIONAL
3. PENSYARAH BISNES
4. STUDENTS
5. INDIVIDU
6. PEMBACA BUKU

BOLEH BELI MELALUI KEDAI BUKU DI 

LEMBAH KELANG
PULAU PINANG
MELAKA
JOHOR


Tuesday, November 12, 2013

JUAL BUKU USAHAWAN

JUAL BUKU USAHAWAN



Aku Nak Kaya telah menjadi anganan dan idaman setiap manusia. Budaya Aku Nak Kaya telah lama terpahat di dalam jiwa masyarakat Melayu...


SILA LIHAT WEB UNTUK KETERANGAN LANJUT


www.drhjarshad.blogspot.com 



Thursday, October 31, 2013

GEMPAK 9. 11



JEMPUT DATANG SEMINAR FREE 9 11 2013


SALAM SEMUA USAHAWAN MELAYU
1. AHLI PUM MERLINEA MELAKA
2. AHLI PUM MERLINEA LEMBAH KLANG
3. BUKAN AHLI

SEMINAR FREE AKAN DI ADAKAN PADA HARI SABTU 9 11 2013 JAM 9.30 AM
DI PKNS BIZ POINT SECTION 7 SHAH ALAM BELAKANG JAKEL

CERAMAH AKAN DIMUATKAN PERKARA2 BERIKUT, INSYA'ALLAH

1. Asas perniagaan
2. PERMASALAHAN
3. PENCAPAIAN
4. BISNES MASA KINI
5. PERBINCANGAN DENGAN PESERTA 

Peluang sudah ada. Percuma pun percuma. Pada yang mahu 'berada'. Jom datang bersama.

SEKIAN, TERIMA KASIH

URUSETIA
2 11 2013 

Tuesday, October 22, 2013

1-BANK


1-Bank akan memberi pertolongan kepada yang layak untuk membuat pinjaman

1. ASB loan
2. Loan rumah
3. Loan bisnes

Sila datang ke Seminar 26 10 2013
Sabtu jam 9.30 am
Tempat di PKNS Bizz Point Section 7 Shah Alam

Datanglah ke Seminar FREE
untuk orang Melayu sahaja



Saturday, October 19, 2013

JEMPUT DATANG SEMINAR FREE 26 10 2013


SALAM SEMUA USAHAWAN MELAYU
AHLI PUM MERLINEA 
MELAKA & LEMBAH KLANG

SEMINAR FREE AKAN DI ADAKAN PADA HARI SABTU  26 10 2013 JAM 9.30 AM
DI PKNS BIZ POINT SECTION 7 SHAH ALAM BELAKANG JAKEL

CERAMAH AKAN DIMUATKAN PERKARA2 BERIKUT, INSYA'ALLAH

1. PERMASALAHAN
2. PENCAPAIAN
3. BISNES MASA KINI
4. PERBINCANGAN DENGAN PESERTA 

SEKIAN, TERIMA KASIH

URUSETIA
20 10 2013 

Sunday, October 13, 2013

RAYA KORBAN 15 10 2013 SELASA


SALA SEJAHTERA SEMUA USAHAWAN

SAYA MENGUCAPKAN 
KEPADA SEMUA USAHAWAN 
MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADZHAR PADA 15 10 2013


Wednesday, October 9, 2013

PRAKATA



Bangsa Melayu adalah bangsa yang unik dalam peradaban budaya atas alasan mereka boleh menerima ‘semudahnya’ budaya bangsa-bangsa lain sejak kurun ke 15 yang bermastautin di Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya dikatakan Semenanjung Malaysia. Orang Melayu dikaitkan dengan agama Islam. Islam telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Mohammad SAW bermula dengan ayat pertama Iqra’ melalui Jibril a.s. sehingga selesainya Al-Quran diturunkan sejumlah 114 surah yang mengandungi 30 Juzuk selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari di Mekah (12+ tahun) dan Madinah (10 tahun) sepertimana tercatit di dalam surah Al-Maaidah 5: 3 adalah cukup sempurna untuk dihayati dan dianuti oleh umat Islam dan orang Melayu keseluruhannya sehingga hari kiamat. Buku ini memfokuskan kepada budaya usahawan Melayu beserta ideologi bangsa Melayu Amanah Bersatu [Trust of Unity] [beragama Islam, beriman, amanah, ekonomi, pentadbiran, kehidupan dan bersaudara]  (Hj Mohd Arshad 2010) untuk melakukan permuafakatan antara mereka sepertimana yang difirmankan Allah SWT dalam surah Al-Anfaal 8: 65 dan 66 (20 orang yang sabar), bersama surah Ali-Imran 3: 103 (bersaudara) serta surah Al-Mukminuun 23: 52 (Islam itu satu) supaya mereka beroleh kemenangan jitu dalam menjalankan kehidupan harian menuju kepada kecemerlangan sosioekonominya sepertimana dalam surah Ar-Ra'd 13: 31 bahawa janji Allah SWT itu tetap dan benar. Mahu tidak mahu, orang Melayu perlu suka membaca untuk menimba pengetahuan untuk berjaya dalam kehidupan kaya-raya dengan wang dan harta serta berilmu.
       
Maksudnya:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Quran, Al-Maaidah 5: 3)

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (Al-Quran, Al-Anfaal 8: 65)

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Quran, Al-Anfaal 8: 66)

Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. (Al-Quran, Al-Mukminuun 23: 52)

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Al-Quran, Ar-Ra'd 13: 31)

Seterusnya, penggunaan kaedah model sosioekonomi Sistem Strategi Neuro (SSN) [budaya, jaringan, tadbirurus dan kewangan serta target (sasaran)] (Hj Mohd Arshad 2010) sebagai penggerak utama untuk merungkaikan permasalahan usahawan Melayu, pengguna Melayu secara khusus dan orang Melayu amnya. Pencapaian mereka masih rendah dalam semua bidang sejak 1957 - 2010, hanya pemilikan harta pertanian termasuk rizab Melayu (small holders) yang tinggi meliputi 66% (2006). Justeru itu, keikhlasan terhadap diri sendiri dan sesama bangsa perlu diutamakan bagi mencapai matlamat orang Melayu untuk memiliki kekayaan negara secara saksama dan seimbang. Jika hendak kaya harta dan wang berkoyan, mereka perlu melakukan permuafakatan sesama mereka untuk melakukan bisnes dengan penggunaan ciri budaya, jaringan, kewangan dan tadbirurus, dan mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai paksinya. Mereka perlu berubah perangai dan perbuatan kepada yang terbaik untuk mencapai matlamat ‘aku nak kaya’. Orang lain boleh kaya, aku pun boleh kaya. Sebenarnya, melakukan perubahan berharga yang tiada nilai perbandingan yang boleh dibuat, ianya dianggap satu ‘pengorbanan’ oleh orang Melayu yang mahu berfikir. Hanya empunya diri sahaja yang dapat membuat tafsir penilaian yang sempurna mengikut pegangan agama Islam dan imannya yang akan beroleh kejayaan dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT dan diri sendiri berkonsepkan ‘taqwa dan teknologi’ bagi memecah kebuntuan ke atas sifat kekongkongan minda yang selalunya dianggap sebagai sikap ‘pak turut’ perlukan anjakan kesedaran untuk melakukan perubahan (moving for change), supaya apa yang mereka lakukan beroleh kejayaan, terutamanya dalam kontek permuafakatan sesama bangsa Melayu dan yang beragama Islam, keimanan adalah penentunya.

Pelakuan sasaran ke atas keistimewaan orang Melayu adalah berbeza dari segi pentafsirannya. Orang Melayu dan Bumiputera perlu berfikir yang mana satu yang memberi kelebihan ke atas dirinya. Jika dilihat penampilan ekuiti 30% yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB 1971) dan Masyarakat Pembangunan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB 1975) pencapaian sasaran dianggap sebagai satu perangkaan terbengkalai. Sungguhpun, ianya sudah berlarutan selama lebih 39 tahun dan telah pun dimansuhkan pada 30 Jun 2009, pencapaian ekuiti Melayu dan Bumiputera (Melayu dan anak Negeri – PP 1957 Artikal 160 & 161A) masih di tahap yang rendah mengikut rekod pencapaian ekuiti sebanyak 23.09% (2010).

Kegagalan tersebut mungkin berpunca daripada kelemahan modal insan orang Melayu yang perlu dicemerlangkan ke menara gading seramai yang boleh sehingga setiap isi rumah mempunyai Sarjana dan PhD untuk mencapai kewibawaan minda dan cekap tadbirurus. Perlu diingatkan fahaman dan sifat ‘biarlah’, ‘tak apalah’, ‘malas berenyah’, ‘malas membaca’, malas berfikir’ dan yang membawa sifat negatif perlu dikikis. Usahawan Melayu juga memerlukan pemantauan berkala secara khusus dengan kuasa khas oleh pemegang amanah dengan penuh keimanan dan tidak terlalu optimis yang boleh menjurus kepada penemuan kekayaan negara seimbang mengikut keperatusan penduduk Melayu 50.90% (2009) di Persekutuan Tanah Melayu adalah lebih rasional. Persolannya, bilakah peratusannya akan tercapai? Sama-samalah orang Melayu bersifat amanah tulin dan keimanan menebal memikirkannya. Tetapi umumnya, kebanyakan orang Melayu kurang berminat dalam membincangkan mengenai bangsa Melayu itu sendiri disebabkan sudah muak dengan kerenah orang Melayu. Macam-macam buruk-baik diperkatakan, tetapi kali ini kita kata bagaimana bangsa Melayu boleh kaya dengan wang-ringgit berjuta-juta, harta-benda berkoyan-koyan, dll harta dengan meneliti dan mempraktikkan apa yang dikatakan, sepertimana yang ditulis dalam buku ini, Insya’Allah beroleh kejayaan!   

Sunday, October 6, 2013

REVIEW BUKU


PENGARANG TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA PERKARA YANG AKAN MEBERI USAHAWAN MELAYU BERNIAGA LEBIH TERATUR DAN MUDAH, SEPERTI:---

1. KEFAHAMAN Ideologi Melayu – Amanah Bersatu [beragama Islam, beriman, amanah, ekonomi, pentadbiran, kehidupan dan bersaudara]

2. TEORI Sistem Strategi Neuro [SSN] mengutamakan 4-aspek iaitu Budaya-Jaringan-Tadbirurus-Kewangan

3. Modal Insan adalah sebagai satu keperluan bagi memartabatkan Usahawan Melayu

4. Amanah amat dipertekankan untuk usahawan Melayu kekal kaya dalam berbisnes

5. Pemantauan berkala amat perlu oleh yang memberi / anaugerah projek terhadap usahawan

6. Infaq Foundation Malay Economy (IFME) adalah bersifat perlu antara usahawan Melayu untuk bertolongan dalam aspek kewangan perkongsian untuk maju bersama berkelompok

Saturday, October 5, 2013

Budaya Usahawan Melayu : Aku Nak Kaya


Aku Nak Kaya telah menjadi anganan dan idaman setiap manusia. Budaya Aku Nak Kaya telah lama terpahat di dalam jiwa masyarakat Melayu yang sentiasa ingin maju kehadapan dengan bertujuan menjadi lebih kaya. Oleh itu, buku ini dihasilkan bertujuan untuk menunjukkan pencapaian orang Melayu di dalam ekonomi Malaysia, kelemahan orang melayu di dalam proses ingin kaya, penggunaan teori Sistem Strategi Neuro dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah untuk berniaga secara teratur dan berpengetahuan secara berkelompok, bagaimana melakukan pembaikan ke atas perniagaan dan bagaimana 'Aku Nak Kaya' sehingga betul-betul menjadi KAYA!!

Anda Ingin Kaya?


DIJUAL DENGAN HARGA RM30.00 / BUKU 
UNTUK DI POS + RM5.00

KHUSUS UNTUK PARA USAHAWAN DAN BACAAN UMUM








Saturday, September 28, 2013

JUAL BUKU Budaya Usahawan Melayu : AKU NAK KAYA



JUDUL BUKU -  Budaya Usahawan Melayu : AKU NAK KAYA

PENGARANG - DR HJ MOHD ARSHAD ABAS

HARGA RM30.00 / BUKU

MELALUI POS + RM5.00 / BUKU

PESANAN BOLEH MELALUI 

TEL 017 320 1345

EMAIL pokoktegak@gmail.com